I N S P I R A T I O N
Cik Ayii
Follow


Selamat Datang ke Blog Inspirasi

Tiada apa yang dapat di lalui dalam kehidupan ini tanpa kesukaran:) chill yeahh .. bwee


 Online Users


Instagram



Shoutbox



© I N S P I R A T I O N
Amani Awfa
Friday, 17 June 2016 | 0 Comments



First , CikAyii nak ucap Selamat Berpuasa bagi umat Islam di seluruh Dunia . Semoga Ramadhan tahun ini amat bermakna buat kita . Cik Ayii nak story pasal adik sedara Cik Ayii yang sorang ni . Nama dia Amani Awfa . Hari ni 17 June . Selamat hari lahir sayang daripada kakak Ayii awak yang comel ni . Tahun ni genap umur dia 2 tahun . 

Cik Ayii jaga dia daripada dia dalam tummy mama dia lagi . Haha . Cik Ayii lah yang tolong buatkan susu anmum mama dia . Waktu dia lahir , berat dia 2.1kg . Saiz dia sangat kecik . Seminggu dia kena tahan dekat hospital waktu tu sebabnya , berat dia tak cukup . Bila dia dah balik rumah , mama dia berpantang dekat kampung . Sepanjang mama dia berpantang , kadang kadang Cik Ayii yang mandikan dia , tukarkan pampers dia . Hahahahahahaha . 

Cik Ayii ingat lagi , waktu umur dia dah setahun , dia demam . So , dia batuk dengan selsema . Teman mama dia pergi hospital untuk buang lendir . Dia kan masih budak . Tak tahu nak hembus . Waktu tengok doktor buat , mama dia menangis . Cik Ayii sayu juga tapi nak buat macam mana . Terpaksa . 

Lepas daripada kes tu , bila dia demam ada lendir kahak dekat tekak dia , Cik Ayii yang akan buat . Sebenarnya boleh je buat dekat rumah . Tapi masa first time , sebab tak tahu . Bila dah tahu nak buat macam mana , buat je lah dekat rumah . Waktu Cik Ayii bagi dia susu botol , Cik Ayii jolok tekak dia guna jari sampai dia muntah . Keluarkan kahak dia pekat . Mama dia memang menangis dah . Tapi daripada kena masukkan alat , Amani kena inject , better buat macam ni . Bila dia dah muntah , baru dia tidur nyenyak . Haha . 

Awak kalau dah besar , tapi nanti gaduh dengan Cik Ayii , tak tahu Cik Ayii nak kata apa . 
Tadi dia balik , dia turun kereta terus berlari dekat Cik Ayii . Hahahaha . Dia jerit dekat Cik Ayii , ' Jalannn ' . Itu maksudnya dia ajak Cik Ayii pergi jenjalan . Adei . Cik Ayii bawak dia masuk dalam rumah , terus dia amik mainan dia ajak Cik Ayii main dengan dia . Bila Cik Ayii tak nak layan dia , dia datang dekat Cik Ayii , dia cium cium muka Cik Ayii . HAHAHA . Lemah semangat Cik Ayii dengan budak kecik sorang ni . 

Sekarang ni , Mama dia mengandung anak kedua . In sha Allah , raya ni due date . Doakan beliau semoga bersalin dengan selamat , baby sihat , dia sihat . In sha Allah . Amin .. 

Selamat malam .